Selasa, 24 Mac 2009

Kata-kata cintaa 1.

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cinta adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah

Dikirim dalam .: AYAT AYAT CINTA :. | 804 komen.


Tiips Melayarii Interneett.


1. Cari maklumat yg berfaedah.

2. Kebanyakkan maklumat yang ada di internet tidak diketahui tahap kesahihannya, oleh yang demikian para pengguna dinasihatkan supaya memeriksa dan menilai terlebih dahulu sebelum menggunapakai maklumat tersebut.

3. Hindarilah laman-laman web yang berunsur anti-islam, ganas, lucah dan sebagainya.

Hadith pilihan.

Kelebihan Menuntut Ilmu.


Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penunt- penuntut itu lakukan."


- Riwayat Abu ad-Darda' r.a.

MAJLIS PEMBUBARAN & PERLANTIKAN AJK PENUNTUT, PREFEK, PRS & 3PD 2008 & 2009M

.
24 Februari 2009 - "Selain gigih berusaha dalam bidang pelajaran, para ahli jawatankuasa penuntut yang baru dilantik perlu tabah dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan demi mencapai kejayaan dimasa akan datang", kata Puan Pemangku Pengetua semasa memberi ucapan didalam Majlis pembubaran & Perlantikan AJK Penuntut, Prefek, PRS & 3PD bagi sesi 2008 & 2009M yang diadakan baru-baru ini.
.

Setelah itu, majlis disambung dengan bacaan 'ikrar setia' oleh AJK penuntut, Prefek, PRS & 3PD sesi 2009.

Majlis kemudiannya memberi peluang kepada Dyg Norhafizah binti Haji Md. Sofian bagi menyampaikan ucapan penghargaan kepada pihak sekolah atas kepercayaan yang diberikan dalam memikul tanggungjawab sebagai Yang Dipertua Penuntut bagi sesi 2009.



Ahli Prefek 2009.

Bekas prefek.

Bekas PRS & 3PD 2008.

Selebihnyaa li8 pat blog suampripad.|Suampripad.blogspot.com|

Aktiiviitii skulh kmii.|SUAMPRIPAD|>Sesii persekolahan 2009.


5 Januari 2009 - Sesi persekolahan bagi tahun 2009 telah dimulakan pada hari ini setelah sekian lama cuti persekolahan dijalankan. Bagi SUAMPRIPAD, sudah menjadi tradisi dimana sesi persekolahan akan dimulakan dengan bacaan surah Yassin beramai-ramai di surau sekolah bagi memberkati hari tersebut.

Bacaan Yassin dan doa kali ini telah diketuai oleh Ustaz Ali Mustafa, Guru Bahasa Arab di SUAMPRIPAD.

Selesai bacaan doa, Timbalan Pengetua sekolah, Ustaz Matudin Bin Hj Tahir mengambil kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata-kata nasihat kepada para pelajar agar memulakan tahun baru ini dengan semangat penuh iltizam dalam pembelajaran bagi mencapai kejayaan dan cita-cita yang diimpikan.